Nak Buat Duit dalam Market? Para Trader Jangan Abaikan Dow Theory ni !

13

Ramai pedagang pasaran saham dan mata wang masih terlepas pandang tentang kepentingan dalam memahami asas teori sebelum memulakan pelaburan.

Menurut salah seorang mentor trading terkenal, AA SuperScalper berkata, Dow Theory merupakan antara prinsip utama yang perlu difahami untuk mengelakkan sebarang kerugian.

Beliau menjelaskan, kebanyakan trader pada zaman kini sering terjebak dengan kesilapan ‘buy’ dan ‘sell’ kerana mereka tidak memahami teori ini terlebih dahulu.

“Dow Theory dalam buku hanya tertulis sebagai teori, tetapi rahsia di sebalik teori itu sangat besar

“Masa saya rugi dulu, langsung tak faham pasal teori Dow. Mula la buy salah, sell pun salah,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Difahamkan, pengalaman kerugian lampau tersebut berlaku kerana kurangnya pemahaman dalam asas pergerakan pasaran yang telah digariskan dalam teori tersebut.

Namun begitu, selepas mengkaji kembali mengapa pasaran naik atau turun seperti yang dijelaskan oleh Dow, beliau akhirnya menemui jawapan yang membantu dalam strategi dagangan.

“Alhamdulillah saya dapat turunkan ilmu alam balik mata ni.. moga dapat manfaat untuk beribu orang,” ujarnya lagi.

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.