Marubozu Jalin Hubungan Strategik Bersama UITM & LHDN, Angkat Industri Trading ke Tahap Baru !

153

Marubozu Sdn Bhd raih pengiktirafan apabila dijemput oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membincangkan hala tuju pendidikan serta peluang industri berkaitan Teknikal Analisis (TA) serta pasaran kewangan.

Menerusi perkongsian pengasas syarikat Marubozu di Facebook, Asyraf Arsad (AA SuperScalper) berkata, perbincangan tersebut membuka ruang kerjasama yang lebih luas melibatkan institusi pendidikan serta agensi kerajaan utama negara.

Pandangan rare..Marubozu, UiTM dan LHDN. Kami duduk semeja bincang hala tuju pendidikan, peluang dan keuntungan untuk semua pihak,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa perbincangan ini adalah hasil kerja keras bertahun-tahun dalam bidang TA sehingga menerima pengiktirafan di peringkat global.

“Ramai tahu, AA kerja keras siang malam dalam TA.. sampai tahap pengiktirafan global. Kali ni memang level up la.. kami collab dengan agensi nombor satu kerajaan dan institusi pendidikan nombor satu di Malaysia.
“Nikmat apa lagi yang saya nak dustakan ? Alhamdulillah untuk kepercayaan,”
Tambahnya lagi.

Dalam pada itu, AA menegaskan bahawa insiatif berkenaan bukan sekadar menumpukan aspek keuntungan semata-mata, malah bertujuan melahirkan lebih ramai individu yang celik pasaran dan mampu membuat keputusan kewangan lebih bijak.

Jelasnya lagi, komuniti trader, SuperScalper di bawah Marubozu juga semakin berkembang pesat dan turut dikenali di peringkat antarabangsa.

“Saya janji satu je..lepas belajar, korang jadi makin pandai. Bila dah pandai, masa tula mula buat duit. Tu je janji saya!

“SuperScalper komuniti trader nombor satu di dunia,” tulisnya dalam hantaran yang sama.

Kerjasama strategik antara Marubozu, UiTM dan LHDN ini dilihat sebagai langkah penting yang berpotensi memperkukuh ekosistem pendidikan kewangan di Malaysia, selain melonjakkan industri trading ke tahap baharu.

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :

SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.