Marubozu Fokus Lahirkan Ramai Chartist Tempatan, Bina Platform Pendidikan TA Pertama di Malaysia
Sejak 2018, misi utama Marubozu tidak pernah berubah untuk memberi ilmu teknikal analisis (TA) kepada masyarakat dan melahirkan lebih ramai chartist yang berilmu dan beretika. Kini, dengan wujudnya aplikasi seperti MaruApps, impian tersebut semakin hampir menjadi kenyataan.
Menerusi kenyataan pengasas Marubozu, Asyraf Arsad (AA SuperScalper) berkata, aplikasi tersebut bukan sekadar platform pembelajaran, malah ia juga menjadi ruang untuk membina komuniti chartis tempatan yang benar-benar memahami seni membaca carta dan membuat analisis berdasarkan data, bukan sekadar spekulasi.

“Saya percaya ramai yang jauh lebih hebat dan pakar dalam bidang ini. Sebab itu kami mahu jadikan Marubozu sebagai platform terbuka, tempat pakar-pakar TA boleh berkongsi idea dan ilmu mereka dengan cara yang betul,” katanya.
Apa yang membezakan MaruApps daripada platform lain ialah pendekatannya yang bebas daripada sebarang promosi pelaburan, broker atau khidmat nasihat jual/beli.
Ia benar-benar bersifat pendidikan tulen yang memberi tumpuan kepada pembinaan teknikal analisis yang kukuh.
Dengan lebih 400 video pembelajaran, termasuk kandungan untuk mereka yang ingin menduduki Diploma Teknikal Analisis STA (UK) dan CFTe (US), Marubozu kini menjadi antara sumber rujukan paling komprehensif dalam bidang TA di Malaysia.
“One day, saya yakin Marubozu akan jadi super big, sebab ini yang pertama di Malaysia. Kita dah mula dengan lebih 400 video termasuk untuk mereka yang nak ambil Diploma Teknikal Analisis STA (UK) dan CFTe(US).
“Doakan saya ya!,” tambahnya lagi.
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.