Marubozu Bakal Naik Taraf ke Sistem Monetisasi, Peluang Jana Pendapatan Melalui Ilmu TA

168

Marubozu Traders Sdn Bhd, bakal menaik taraf Maruapps kepada sistem Monetise, sebuah inisiatif yang dijangka membuka peluang pendapatan kepada pelbagai golongan dalam bidang pelaburan pasaran modal.

Pengasasnya, Asyraf Arsad (AA) berkata, sistem baharu ini dibangunkan sebagai ekosistem yang menyokong semua golongan termasuk chartist, trader, pelajar, penganalisis dan fund manager untuk menjana sumber pendapatan berasaskan ilmu teknikal analisis (TA).

AA turut menjelaskan bahawa platform ini juga akan membayar pencipta kandungan antara RM500 hingga RM2,000 bagi setiap video yang diluluskan mengikut terma dan syarat (T&C), termasuk larangan mempromosikan mana-mana broker atau pelaburan.

Tambahnya lagi, langkah ini akan membolehkan Marubozu terus memberi sumbangan besar kepada ekosistem pendidikan TA, tanpa sebarang penglibatan dengan broker.

“Pihak saya dan Marubozu TIDAK mempunyai perkhidmatan IB/Affiliate untuk broker, dan kami dah lama memutuskan hubungan dengan semua broker sejak SC Malaysia mula melaksanakan Finfluencer Mac 2025,” tegasnya.

Setakat ini, Marubozu telah menawarkan 400 video dengan jumlah durasi 800 jam merangkumi pelbagai aset dan teknik.

“Alhamdulillah, ini juga bakal satu mega project yang saya akan ada. Saya harap semua tidak terlepas kapal untuk belajar dan mengajar di Marubozu nanti,” katanya lagi.

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.