Laku Keras Di China ! Durian Malaysia Catat Eksport RM6.37 Bilion Sejak 2018
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan bahawa sejak 2018 hingga 2025, Malaysia telah mengeksport 115,359 tan metrik durian dalam pelbagai bentuk ke China dengan nilai keseluruhan RM6.37 bilion.
Menurut laporan Bernama, kementerian tersebut dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen berkata, pada 2018, Malaysia mengeksport 3,555 tan metrik durian dalam bentuk pulp dan pes dengan nilai sebanyak RM202 juta.

Pada Jun 2019, penghantaran pertama durian sejuk beku biji dari Malaysia ke pasaran China direkodkan sebanyak 3,177 tan metrik bernilai RM143 juta, manakala eksport dalam bentuk pulp dan pes pula meningkat kepada 5,239 tan metrik dengan nilai RM168 juta.
“Eksport durian sejuk beku biji meningkat kepada 6,225 tan metrik (RM286 juta), manakala eksport pulp and paste menurun kepada 3,456 tan metrik (RM171 juta) pada 2020.
“Pada 2021, eksport durian sejuk beku biji ke China meningkat dua kali ganda kepada 12,153 tan metrik (RM577 juta), manakala pulp and paste meningkat kepada 5,895 tan metrik (RM368 juta),” katanya.
KPKM menjelaskan bahawa pada tahun 2022, jumlah eksport durian sejuk beku biji ke China meningkat kepada 13,401 tan metrik bernilai RM1.277 bilion, manakala eksport durian dalam bentuk pulp dan pes mencatat sedikit penurunan kepada 5,703 tan metrik dengan nilai RM326 juta.
Bagi tahun 2023 pula, sebanyak 13,983 tan metrik durian sejuk beku biji bernilai RM738 juta dieksport ke China, manakala penghantaran durian dalam bentuk pulp dan pes melonjak dua kali ganda kepada 12,321 tan metrik dengan nilai RM623 juta.
Pada Ogos 2024, Malaysia mencatat penghantaran pertama durian segar biji ke China sebanyak 501 tan metrik dengan nilai RM42 juta.
Dalam masa yang sama, eksport durian sejuk beku biji diteruskan tetapi berkurang kepada 8,518 tan metrik bernilai RM418 juta, manakala eksport durian dalam bentuk pulp dan pes juga menurun kepada 11,611 tan metrik dengan nilai RM579 juta.
“Durian sejuk beku biji masih dieksport (pada 2025) namun, menurun kepada 8,518 tan metrik bernilai RM418 juta, manakala eksport “pulp and paste” menurun kepada 11,611 tan metrik bernilai RM579 juta.
“Sehingga Jun 2025, eksport durian segar ke China meningkat kepada 773 tan metrik bernilai hampir RM50 juta, eksport durian sejuk beku biji sebanyak 3,599 tan metrik (RM183 juta), manakala eksport pulp and paste sebanyak 5,241 tan metrik (RM230 juta),” jelasnya.
Jelas KPKM lagi, Jabatan Pertanian kekal berusaha aktif meneroka peluang dan memperluas pasaran durian Malaysia ke destinasi baharu, termasuk negara seperti Taiwan dan Peru.
“Nilai eksport durian dari Malaysia dijangka mencecah RM1.8 bilion pada 2030 melibatkan kuantiti eksport sebanyak 69,000 tan metrik,” tambah kementerian itu.
Sumber : Bernama
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.