Kereta 20 Tahun Masih Atas Jalan? PROTON Ada Tawaran Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

27

Pemilik kenderaan jenama nasional yang telah digunakan selama 20 tahun atau lebih kini berpeluang menyertai kempen insentif tukar beli melibatkan keseluruhan barisan model sedia ada yang ditawarkan oleh Proton Holdings Bhd (PROTON).

Syarikat tersebut menjelaskan bahawa insentif tersebut bertujuan untuk menggalakkan penggantian kenderaan lama di jalan raya sejajar dengan pengenalan skim geran padanan yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Foto : Gambar Sekadar Hiasan

Difahamkan, pelaksanaan skim geran padanan membolehkan insentif yang ditawarkan diselaraskan sehingga had RM2,000 bagi mengurangkan beban kos pemilikan kenderaan baharu PROTON.

“Kesemua model Proton layak di bawah tawaran ini termasuk insentif sehingga RM1,000 untuk pembeli Proton Saga dan Proton e.MAS 5.

“Insentif bernilai RM2,000 ditawarkan bagi model lain dalam rangkaian Proton termasuk Proton X50 dan Proton X70 yang telah dikemas kini serta Proton e.MAS 7,” katanya.

PROTON memaklumkan bahawa pelanggan layak menikmati insentif tertinggi menerusi skim geran padanan kerajaan dengan nilai sehingga RM2,000 dan RM4,000, bergantung kepada kelayakan yang ditetapkan.

Menurut syarikat itu, inisiatif berkenaan selari dengan agenda kerajaan untuk mengurangkan kehadiran kenderaan usang di jalan raya, di samping menggalakkan peralihan kepada kenderaan yang lebih selamat, cekap tenaga serta mesra alam.

“Inisiatif ini turut menyokong sasaran Proton bagi 2026 untuk mencapai jualan sebanyak 200,000 unit susulan prestasi pada tahun sebelumnya apabila pertumbuhan volum jualan syarikat mengatasi pertumbuhan jumlah industri,” katanya.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.