Kenyataan Rasmi AA : SuperScalper Pilih Kekal Bebas Tanpa Broker

13

SHAH ALAM – Komuniti Trader, SuperScalper memilih untuk kekal bebas daripada bekerjasama dengan mana-mana broker sekali gus menepis dakwaan berkenaan pembukaan akaun trading.

Menerusi kenyataan di Facebook, pengasas SuperScalper, Asyraf Arsad (AA SuperScalper) menjelaskan bahawa terdapat pihak yang cuba menggunakan nama SuperScalper bagi tujuan promosi, meskipun perkara tersebut tidak sahih.

“SuperScalper atau AA tidak berminat bekerjasama dengan mana-mana broker. Kalau ada, itu bukan dari pihak saya..

“Join SuperScalper tak perlu buka akaun trading,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan timbul dakwaan kononnya penyertaan ke dalam komuniti SuperScalper memerlukan individu untuk membuka akaun trading menerusi broker tertentu.

Sementara itu, di ruangan komen, AA berkata, semua bahan pembelajaran yang dikongsi oleh pihaknya hanyalah bersifat umum dan tidak akan sesekali memberi tekanan kepada mana-mana pihak untuk membuat keputusan buy atau sell.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru para trader supaya sentiasa berwaspada dan bijak mengawal risiko dalam setiap keputusan pelaburan.

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.