IPO MMC Port Ditunda, Syarikat Sasar Rekod Prestasi Lebih Kukuh Tahun Depan

13

Rancangan penyenaraian awam awal (IPO) MMC Port Holdings Sdn Bhd untuk tahun ini ditangguh selepas syarikat itu memilih untuk menunggu laporan kewangan penuh 2025 sebelum melangkah ke pasaran saham.

Berita Harian melaporkan, penyenaraian yang disasarkan pada suku keempat 2025 itu dijangka mengutip lebih AS$1.5 bilion (sekitar RM6.3 bilion), menjadikannya potensi IPO terbesar di Malaysia sejak penyenaraian IHH Healthcare Bhd bernilai AS$2.1 bilion pada 2012. Tindakan itu juga dijangka memberi rangsangan positif kepada pasaran modal negara.

Foto : Google

Menurut sumber, MMC Port kini meneliti semula tempoh pelaksanaan IPO bagi memastikan laporan kewangan penuh termasuk keputusan 2025 dapat disertakan, selain mempertimbangkan faktor pasaran dan perkembangan operasi syarikat.

Sumber itu bagaimanapun tidak mahu dikenali memandangkan perkara tersebut belum diumumkan secara rasmi.

“Jadual baharu penyenaraian akan dimaklumkan pada masa yang sesuai,” kata salah satu sumber, sambil menambah bahawa keputusan itu dibuat walaupun terdapat minat tinggi daripada pelabur terhadap tawaran berkenaan

Setakat ini, pihak MMC Port belum memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan media untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan.

Pada September lalu, syarikat berkenaan telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa kawal selia bagi penyenaraiannya di Bursa Malaysia.

Draf prospektus menunjukkan bahawa IPO tersebut akan membabitkan penjualan sehingga 4.3 bilion saham sedia ada, mewakili hampir 30 peratus daripada modal saham terbitan berjumlah 14.2 bilion unit yang kini dipegang sepenuhnya oleh MMC Corp Bhd.

Sumber : Berita Harian

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.