Ingat Ilmu Je Dah Cukup, Rupanya Emosi Yang Tentukan Kejayaan Dalam Trading !

16

Kebanyakan individu beranggapan kegagalan dalam trading atau perniagaan berpunca daripada strategi yang lemah. Namun, hakikatnya faktor paling besar yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang bukan terletak pada teknik semata-mata, sebaliknya pada kawalan emosi.

Menerusi perkongsian di Facebook, pakar teknikal analisis (TA), Asyraf Arsad berkata, ramai tidak sedar bahawa emosi sebenarnya telah lama dikaji secara saintifik, termasuk Universiti Oxford yang turut mencadangkan cara untuk menguruskan emosi dengan lebih baik.

Menurutnya, emosi boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu berani dan tahu, berani tapi tak tahu, tak berani tapi tahu serta tak berani dan tak tahu.

“Ramai trader atau usahawan terperangkap dalam keadaan yang dipanggil Analysis Paralysis iaitu bila seseorang terlalu takut dan tak tahu nak buat keputusan,” katanya.

Beliau menambah, situasi tersebut lazimnya berlaku apabila seseorang pernah mengalami kerugian atau terlalu banyak berfikir sehingga hilang keyakinan untuk bertindak, sekali gus menyebabkan perniagaan dan aktiviti dagangan mereka terjejas.

“Contohnya, bila dah belajar banyak sangat..dia loss duit terlalu banyak.. dan jadi takut,trauma dan tak tahu dah nak masuk buy atau sell.

“So kejadian ni banyak berlaku pada trader dan businessman. Akhirnya bisnes hancus,trade pun hancus,” jelasnya.

Sebagai langkah penyelesaian, AA menjelaskan bahawa pengalaman sebenar merupakan faktor utama dalam membentuk kawalan emosi yang lebih baik.

“Keputusan mungkin betul atau salah, tapi dengan pengalaman dan kemahiran, rasa takut akan berkurang dan tindakan jadi lebih yakin,” tambahnya lagi.

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.