Harga Tiba-Tiba Melonjak ? Fenomena ‘Trading Gap’ Boleh Tentukan Untung Rugi Trader !

6

Dalam dunia dagangan, terdapat satu fenomena menarik yang sering mencuri perhatian pelabur dan penganalisis pasaran iaitu trading gap.

Fenomena ini berlaku apabila terdapat “jarak” antara harga penutupan semalam dan harga pembukaan hari ini pada carta harga sesuatu aset.

Trading gap biasanya terjadi apabila pasaran ditutup, tetapi harga aset masih bergerak aktif di luar waktu dagangan.

Apabila pasaran dibuka semula, harga terus berubah mendadak sama ada meningkat tinggi atau menjunam rendah, mewujudkan jurang ketara pada carta.

Secara umumnya, terdapat dua jenis gap iaitu gap up dan gap down. Gap up berlaku apabila harga pembukaan lebih tinggi daripada harga penutupan sebelumnya, menandakan sentimen belian yang kukuh dan potensi kenaikan harga.

Sementara itu, gap down pula berlaku apabila harga pembukaan lebih rendah daripada harga penutupan semalam, menunjukkan tekanan jualan dan kelemahan pasaran.

Fenomena ini sering digunakan oleh day trader yang memantau pergerakan harga untuk mengambil peluang masuk pasaran awal. Namun, strategi ini memerlukan ketepatan masa dan pemahaman mendalam terhadap trend pasaran.

Jika tersalah langkah, pergerakan harga selepas gap boleh berubah arah secara tiba-tiba, menyebabkan trader “terperangkap” dalam posisi yang tidak menguntungkan.

Secara keseluruhan, trading gap menggambarkan bagaimana pasaran boleh berubah dengan pantas walaupun dalam tempoh singkat.

Bagi yang bijak membaca momentum, gap boleh menjadi peluang besar namun, ia juga boleh bertukar menjadi perangkap yang merugikan untuk trader yang ‘alpa’.

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.