Harga Minyak Naik Mulai Hari Ini ! Semak Harga Terbaru RON97 & RON95
Bermula 4 hingga 10 Disember, harga petrol tanpa subsidi RON97 dan RON95 meningkat tiga sen seliter, dengan harga baharu ditetapkan pada RM3.29 dan RM2.66.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga runcit diesel bagi tempoh sama kekal pada RM3.08 seliter di Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan terus mengekalkan harga RM2.15 seliter.

RON95 bersubsidi melalui program BUDI MADANI (BUDI95) turut mengekalkan harga runcitnya pada paras RM1.99 seliter.
“Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 pada RM3.29 seliter dan RON95 tanpa subsidi pada RM2.66 seliter bagi tempoh 4 hinggal 10 Dis 2025.
“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit RON97 dan RON95 berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, dengan keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOF, penetapan harga mingguan petroleum dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), selari dengan dasar harga runcit produk petroleum.
Menurut kenyataan berkenaan, kerajaan komited memerhati trend harga minyak mentah dunia dan akan melaksanakan langkah bersesuaian bagi menjaga kesejahteraan rakyat.
Sumber : Bernama
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.