Harga Minyak Jatuh Lagi! RON97, RON95 dan Diesel Kini Lebih Murah
Bagi tempoh 25 hingga 31 Disember 2025, harga runcit bahan api mencatat penurunan apabila RON97 diturunkan sebanyak 8 sen kepada RM3.16 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi susut 6 sen kepada RM2.56 seliter.
Dalam tempoh sama, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut dikurangkan sebanyak 8 sen, menjadikannya RM2.94 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah skim BUDI95 terus dikekalkan pada RM1.99 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan, keputusan kerajaan itu dibuat berikutan pergerakan dan perubahan harga minyak di pasaran dunia.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Difahamkan juga, kerajaan akan terus memantau impak turun naik harga minyak mentah di pasaran global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin.
Sumber : MalaysiaGazette
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.