Harga Kereta Tempatan Dijangka Naik? Kerajaan Sedang Rangka Langkah ‘Selamatkan Poket Rakyat’!

171

Kerajaan kini sedang mencari cara palin sesuai untuk mengurangkan kesan daripada kenaikan harga kenderaan tempatan susulan pelaksanaan peraturan P.U. (A) 204/2019.

Bernama melaporkan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, beberapa langkah akan diambil bagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan perubahan tersebut.

Foto : Harian Metro

“Kerajaan membuat pengumpulan data dan melaksanakan sesi libat urus bersama pihak industri bagi mendapatkan pandangan serta solusi kepada isu yang berbangkit,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan meneruskan atau menangguhkan pelaksanaan peraturan cukai eksais P.U.(A) 402/2019, yang dijangka menyebabkan harga kenderaan meningkat hingga 30 peratus mulai 2026.

Menurut Hui Ying, setakat ini pengecualian pelaksanaan peraturan P.U.(A) 402/2019 hanya diberikan kepada pengilang yang terlibat dalam pemasangan kenderaan tempatan (CKD).

“Pengecualian ini diputuskan susulan daripada kebimbangan pihak industri automotif tempatan mengenai kenaikan harga kenderaan secara mendadak kesan daripada penguatkuasaan peraturan tersebut dan bagi membolehkan industri bersedia dengan pelaksanaan peraturan P.U.(A) 402/2019 kelak,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Hui Ying menjelaskan bahawa kesan sebenar pelaksanaan peraturan itu terhadap kenaikan harga kenderaan masih belum dapat ditentukan kerana setiap syarikat CKD mempunyai model perniagaan yang berbeza, sekali gus menyebabkan kadar duti eksais yang dikenakan juga tidak sama.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.