Harga Emas Melonjak ! Niaga Hadapan Bursa Ikut Jejak Comex

25

Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, diikuti peningkatan harga emas di Bursa Komoditi New York (Comex), Amerika Syarikat.

Memetik laporan Bernama, RHB Investment Bank Bhd berkata, disebabkan oleh permintaan yang kukuh, harga emas di Comex meningkat sebanyak US$68.80 sebelum ditutup pada paras US$3,744.80 pada Isnin.

Foto: Utusan Malaysia

“Logam kuning itu dijangka meneruskan trajektori kenaikannya ke arah US$3,800 dengan rintangan seterusnya dilihat pada paras US$4,000,” kata bank pelaburan tersebut.

Sementara itu, September 2025 ditutup lebih tinggi pada US$3,789.30 setiap auns troy berbanding US$3,727.80 semalam, sementara kontrak Oktober 2025 turut meningkat kepada US$3,806.10 daripada US$3,676.60, dan kontrak November 2025 bertambah ke paras US$3,824.30 berbanding US$3,761.40 sebelumnya.

Kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 serta Jun 2026 masing-masing mencatatkan penutupan lebih tinggi pada US$3,845.40 setiap auns troy, berbanding paras sebelumnya iaitu US$3,782.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 809 lot berbanding 270 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka turut naik kepada 835 kontrak daripada 315 kontrak sebelumnya.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :

https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.