Gamuda Land Tembusi Pasaran UK Dengan Projek Kediaman Pelajar RM600 Juta
Gamuda Land, anak syarikat hartanah di bawah Gamuda Bhd, telah memperoleh sebidang tanah utama di 14 Marshgate Lane, Stratford, London untuk membangunkan projek kediaman pelajar baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan sekitar RM600 juta.
Ini merupakan projek PBSA pertama Gamuda Land di United Kingdom yang dimiliki sepenuhnya dan dibangunkan sendiri, sekali gus membuktikan keupayaan syarikat itu dalam pasaran hartanah paling maju.

Memetik laporan Harian Metro, syarikat tersebut dalam kenyataan memaklumkan bahawa pengambilalihan tapak di Marshaget Lane turut mengukuhkan rancangan Gamuda Land untuk menyediakan sehingga 3,000 tempat penginapan pelajar di beberapa bandar utama UK dalam tempoh lima tahun akan datang.
Selain itu, langkah ini juga dapat memperkukuh fokus syarikat dalam membangunkan rangkaian aset yang mampu menjana pendapatan berterusan.
“Menerusi pembangunan bersama kediaman dan komersial itu memaparkan portfolio serta strategi serantau Gamuda untuk mempelbagaikan pendapatan serta mengukuhkan daya tahan rentas kitaran ekonomi,” katanya.
Langkah terbaharu ini turut meningkatkan portfolio PBSA Gamuda Land di UK kepada 1,232 katil, meliputi tiga projek yang dicapai dalam tempoh 18 bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata, PBSA merupakan aset tahan kitaran ekonomi, didorong permintaan pelajar yang kukuh dan stabil, sekali gus membantu menyeimbangkan portfolio kediaman serta komersial syarikat.
Sumber : Harian Metro
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.