EV Murah Perodua Bakal Gegar Pasaran, Harga Mampu Milik Bawah RM80k!

85

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bakal memperkenalkan keneraan elektrik (EV) pertamanya yang berharga mampu milik dan selaras dengan aspirasi negara menjelang hujung bulan ini.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pelancaran EV Perodua yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia itu akan diangkat sebagai salah satu Agenda Nasional.

Foto : Google

“EV yang akan dilancarkan itu bersifat mampu milik, memenuhi kehendak nasional serta boleh menjana ekonomi (negara),” kata beliau ketika berucap pada program lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua di sini pada Selasa.

Anwar berkata, pelancaran kereta itu turut menggambarkan keupayaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kemahiran tinggi tenaga kerja tempatan.

“Pelancaran EV ini membuktikan syarikat automotif berkenaan bukan sahaja mempunyai kepakaran pasukan penyelidikan dan pembangunan yang bagus, malah amat berdisiplin dalam aspek pengurusan serta tatakelola yang baik.

“Justeru, Kerajaan Madani dan rakyat Malaysia akan memberi sokongan penuh terhadap Perodua,” jelas Anwar.

Difahamkan, Perodua telah berjaya menghasilkan sebanyak 5.5 juta unit kenderaan sepanjang 32 tahun beroperasi.

“Kita juga telah melaburkan sejumlah RM13.4 bilion sejak tahun 1993, dan pada masa yang sama, Perodua juga sedang bersiap sedia bagi menghadapi dan mengatasi cabaran pada masa hadapan serta melabur dalam model EV,” ujar Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad selaku  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Pada Mei lalu, Perodua dilaporkan memaklumkan bahawa pada fasa permulaan, sebanyak 30 peratus pemasangan model EV pertamanya akan dijalankan di kilang baharu di Rawang, dengan harga dijangka bawah RM80,000.

Syarikat itu menjelaskan bahawa dengan kapasiti pengeluaran sekitar 500 unit sebulan, model EV berkenaan menyasarkan golongan muda serta keluarga kecil agar mereka berpeluang memiliki kenderaan elektrik pada harga yang berpatutan.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.