Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menutup dagangan dengan peningkatan semalam, seiring lonjakan harga emas dunia yang mencecah paras tertinggi AS$3,893.06 setiap auns troy.
Memetik laporan Bernama, Pengarah Urusan Aset SPI, Stephen Innes menjelaskan bahawa ketidakstabilan politik berterusan di Amerika Syarikat (AS) serta jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menurunkan kadar faedah telah melemahkan dolar AS, sekali gus meningkatkan tarikan terhadap emas.

“Emas semakin meningkat ke arah paras tertinggi, justeru AS$3,900 setiap auns troy kini jelas dapat dicapai,” katanya kepada media.
Difahamkan, bagi kontrak Oktober 2025, harga meningkat kepada AS$3,902.70 setiap auns troy berbanding AS$3,818.0 pada Selasa.
Sementara itu, kontrak November 2025 naik kepada AS$3,920.90 daripada AS$3,836.2, manakala Disember 2025 mencatat lonjakan kepada AS$3,936.20 daripada AS$3,854.6 sebelumnya.
Untuk kontrak Februari, April dan Jun 2026, harga ditutup pada AS$3,970.10 setiap auns troy daripada AS$3,854.6 pada Selasa, sementara kontrak Januari 2026 direkodkan pada AS$3,953.20 setiap auns troy.
Sumber : Bernama
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.