“Chartist Lagi Gila Trade dari Trader?” – AA Bongkar Salah Faham Dunia Pasaran

65

Shah Alam – Pengasas SuperScalper, Asyraf Arsad (AA) tampil menjelaskan perbezaan antara trader dan chartist yang sering disalah faham dalam kalangan masyarakat, khususnya pemain pasaran kewangan.

Menerusi perkongsian di Facebook, AA menjelaskan bahawa seorang trader lazimnya mengetahui setup dan cara melakukan urus niaga di platform dagangan, namun ia tidak semestinya mendalami analisis carta pasaran.

“Trader ni boleh trade, tapi tak ada ilmu sangat pasal chart. dia tahu setup, tahu platform buy sell.. tapi tak ada masa nak kaji chart,” katanya dalam hantaran tersebut.

Bagi chartist pula, AA berkata, mereka lebih fokus kepada analisis carta secara terperinci dan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Tambahnya, ia bertujuan untuk memastikan ketepatan kemasukan (entry) dan keluar (exit) dalam pasaran.

“Chartist bukan sekadar terlibat dalam aset digital. Kita kaji chart, kita masuk pasaran emas, forex fiat, malah aset kripto. Matlamat kita nak pastikan setup tu betul,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan tanggapan bahawa ‘chartist bukan trader sebenar’ sebagai kenyataan yang kurang tepat.

“Sebenarnya chartist ni lagi gila trade..diorang trade digital dan aset sekali. Lagi makan keliling,” ujarnya.

Penjelasan ini sekaligus memberi gambaran jelas bahawa chartist memainkan peranan penting dalam pasaran, dengan pendekatan berasaskan analisis yang lebih mendalam berbanding trader biasa.

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.