Cepat – cepat Cut Loss!
Istilah cut loss, sangat popular di kalangan otai trader, bagi pelabur pelabur baru mesti belum tahu kan maksud cut loss?
Haa meh nak kasi tahu…
Apa itu Cut Loss?
Cut loss bermaksud cut memotong manakala loss kerugian, cut loss akan digunakan jika kita ingin menghentikan aktiviti atau kerugian dalam pelaburan yang dilakukan, dengan cara menjual saham yang sedang mengalami pergerakan.
Dalam bahasa mudah, cut loss adalah cara manual untuk stop kerugian yang dialami seorang trader.
Kalau kita teruskan memang koyak lah wallet…
Lagi – lagi bila market tak menyebelahi kita, huhu
Oleh itu, kita kene cepat cepat cut loss dengan cara close entry tersebut daripada terus rugi dan merosakkan akaun.
Terdapat juga kebaikan dari cut loss tau..
Korang kene bersyukur wujudnya sistem cut loss ni
Kebaikan Cut Loss dalam trading
- Dapat mengawal emosi
– bagi trader baru yang suka entry beli dan jual ikut persaaan macam takde hari esok
– membalas dendam disebabkan pernah loss pada masa lampau
– Menggunakan firasat atau kononnya “dengar kata hati”
- Trader percaya bahawa entry itu benar-benar sudah tidak valid
– kalau market dah pergi jauh tu redha je lah…
– News atau isu semasa yang mendorong harga saham melawan arus dari setup yang kita dah plan.
- Tidak terdedah dengan risiko harga spike sebelum mengikut arah entry
– makin hold, makin banyak kerugian yang bakal ditanggung
Bak kata omputih, “High risk, High Return”
“Tapi… macam mana nak cut loss? Apa yang perlu anda tengok?”
Cara-cara Cut Loss
- Anda boleh menggunakan kaedah tradisional iaitu secara manual dengan menukar cara penggunaan Stop limit kepada Limit
- Cut loss juga boleh dilakukan berdasarkan kepada paras support. Apabila kerugian telah mencecah 5% atau 10% daripada modal pelaburan kita atau atau dah cecah harga support. Lepaskan position anda apabila harga saham melawan arus dan melebihi paras support tadi.
- Anda juga boleh gunakan bantuan indicator/oscillator. Contoh dengan penggunaan trend indicator, anda boleh kesan bila masanya trend saham tersebut tak lagi bersama dengan anda. Atau momentum oscillator untuk mengetahui sekiranya saham tersebut enggan untuk teruskan pergerakan asalnya. Ada banyak lagi indicators yang sesuai untuk dijadikan petunjuk untuk memudahkan cut loss.
- Penggunaan trailing stop loss juga sangat sesuai jika anda berniat untuk kekal agak lama dalam sesuatu position. Kaedah ini secara langsung terus mengabaikan faktor emosi kerana segalanya akan berlaku secara automatik.
- Kaedah lukisan manual menggunakan tools canggih seperti Fibonacci & Gann juga sering menjadi kegemaran traders yang sudah advanced.
Kurang jelas?
Sampai bila nak tertinggal keretapi lagi.
Jom kita belajar di www.goldensop.com. Kelas 100% Percuma diberikan kepada pelabur baru dan terdapat juga seminar kursus untuk anda memulakan perdagangan. Dan ianya adalah PERCUMA!!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom daftar di www.goldensop.com.
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin