Bullish Engulfing Pattern
Engulfing? Macam pernah dengar, tapi tak tahu maksud…
Jom kita kenali Bullish Engulfing…
Apa itu Bullish Engulfing?
Engulfing dikenali dengan corak candlestick yang memerlukan dua candlestick untuk terbentuk. Manakala, corak bullish engulfing ialah candlestick hijau atau candle menaik yang close dengan harga tinggi daripada penutupan sebelumnya. Dan candle dibuka lebih rendah daripada penutupan hari sebelumnya. Corak engulfing pattern terbentuk ketika bullish reversal.
Untuk mengenali engulfing sangat mudah kerana bentuk candle yang menonjol iaitu melalui candlestick merah kecil yang menunjukkan arah aliran menurun(bearish trend) yang diikuti keesokan harinya oleh candlestick hijau yang besar yang menunjukkan arah aliran menaik, yang mana body nya bertindih sepenuhnya atau menelan(engulf) body candlestick hari sebelumnya.
Corak bullish engulfing mungkin berbeza dengan corak bearish engulfing. Corak bullish engulfing muncul dalam aliran menurun dan merupakan gabungan satu candle gelap diikuti oleh candle berongga yang lebih besar. Corak pada hari kedua, dibuka dengan harga yang lebih rendah daripada paras rendah sebelumnya.
Namun, tekanan buy mendorong price ke paras yang lebih tinggi daripada sebelumnya, yang memuncak dengan kemenangan yang jelas untuk buyer.
Gambar dibawah adalah contoh gambaran Bullish engulfing pattern

Trader dinasihatkan untuk entry kedudukan beli apabila harga bergerak lebih tinggi daripada paras tinggi engulfing candle yang kedua. Dengan bahasa mudah, apabila downtrend reversal di sahkan.
Corak bullish engulfing tidak boleh ditafsirkan hanya candelstick hijau, yang mewakili pergerakkan kenaikkan harga, manakala candle merah, menunjukkan pergerakkan harga yang menurun.
Untuk membentuk corak bullish engulfing, saham mesti dibuka pada harga yang lebih rendah pada hari ke-2 daripada penutupan hari pertama. Jika price tiada jarak ke bawah, body candlestick hijau tidak akan mempunyai peluang untuk menelan (engulf) body daripada candlestick merah pada hari sebelumnya.
Ciri-ciri corak engulfing kenaikkan harga
- Candle hijau yang strong menelan (engulf) body candle merah sebelumnya.
- Berlaku di bahagian bawah aliran menurun.
- Isyarat yang lebih kuat diberikan apabila candle merah doji, atau apabila candle seterusnya ditutup di bahagian tinggi pada candle menaik.
Kelebihan trading dengan bullish engulfing candle
- Mudah untuk di cari
- Tahap kemasukkan yang menarik boleh diperolehi selepas menerima pengesahan bullish reversal.
Berminat nak jadi trader?
Jomm jadi trader yang luar biasa.
Yang sentiasa berani rebut peluang dan bijak memburu saham-saham hebat di pasaran bursa mahupun global.
Jom dengarkan tips ini supaya anda boleh jadikan panduan untuk menjadi seorang trader yg berjaya.
Layari www.goldensop.com untuk pelajari saham secara PERCUMA.
Penafian: Penulisan sumber dari Investopedia
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin