Belanjawan 2026 ‘Mesra Pasaran?’ CIMB Jangka Impak Positif Kepada Ekuiti Malaysia

24

CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan pasaran ekuiti Malaysia akan mendapat manfaat daripada pembentangan Belanjawan 2026, berikutan ketiadaan langkah cukai baharu atau dasar mengejut yang berpotensi menambah beban kos kepada perniagaan.

Dalam nota penyelidikan yang diterbitkan awal pagi tadi, CIMB Securities berkata, antara faktor positif daripada Belanjawan 2026 ialah pemberian tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada Februari 2026, serta lanjutan pengecualian cukai ke atas pendapatan luar negara hingga tahun 2030.

Foto : Eyeonasia

Namun begitu, dari sudut negatif, firma tersebut menjelaskan bahawa kadar duti eksais bagi produk alkohol dan tembakau akan dinaikkan.

“Pada masa sama, duit setem terhadap pemindahan harta membabitkan bukan warganegara dan syarikat asing juga akan meningkat,” katanya.

Selain mengekalkan unjuran KLCI pada paras 1,605 mata, CIMB Securities juga berpendapat bahawa Belanjawan 2026 dijangka memberi kesan positif kepada sektor teknologi, pembinaan dan pengguna.

“Antara sektor ‘overweight’ adalah sektor pembinaan dan pengguna, ia dijangka mendapat manfaat paling banyak, manakala sektor hartana, pembuatan arak dan tembakau mungkin akan menerima kesan yang sedikit,” tambahnya lagi.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.