Bekas Pengerusi Bursa Malaysia Kini Sandang Peranan Penting di IOI Corporation !
IOI Corporation Bhd mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif yang baharu bermula hari ini, 5 November 2025.
Menurut laporan Bernama, syarikat tersebut memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa pelantikan itu dibuat susulan persaraan Tan Sri Peter Chin Fah Kui daripada lembaga pengarah pada hari ini.
Difahamkan, Abdul Wahid sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Presiden dan CEO Maybank dari Mei 2008 hingga Jun 2013, selain memegang peranan sebagai Pengerusi Persatuan Bank-Bank di Malaysia.

Selepas itu, beliau menyertai kerajaan sebagai Senator dan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dengan tanggungjawab terhadap urusan perancangan ekonomi dari Jun 2013 hingga Jun 2016.
Abdul Wahid juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) dari Ogos 2016 hingga Jun 2018, dan menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Bursa Malaysia pada 30 April 2025 selepas lima tahun berkhidmat.
Pada masa ini, Abdul Wahid memegang jawatan sebagai Pengerusi di Cypark Resources Bhd, Tabung Alam Sedunia (WWF-Malaysia) serta Yayasan MySDG.
Sumber : BERNAMA
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.