Bantuan SARA RM100 : 22 Juta Rakyat Malaysia Akan Terima Duit Sebelum Ramadan!
Seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 bagi pembayaran kali kedua yang akan mula disalurkan bermula 9 Februari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan berkenaan disediakan sebagai langkah persediaan menjelang ketibaan bulan Ramadan serta sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan pada penghujung Februari.

“SARA tahun ini untuk semua rakyat, pada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas kita kreditkan pada 9 Februari 2026.
“Ini bermaksud (untuk) persiapan Ramadan dan juga untuk sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini pagi ini.
Selain itu, Anwar berkata, bayaran bulanan SARA kepada golongan miskin tegar akan mula dikreditkan pada 9 Januari ini, manakala STR fasa pertama dengan jumlah sehingga RM500 akan disalurkan bermula 20 Januari.
“SARA bulanan sehingga RM200 mula dikreditkan ke dalam kad pengenalan secara berperingkat-peringkat seawal 9 Januari ini.
“Bayaran STR fasa 1 sehingga RM500 akan dikreditkan bermula pada 20 Januari ini,” ujarnya.
Sumber : Harian Metro
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.