APA ITU “MARKET TREND”

270

Apabila anda mendengar trader menyebut “MARKET SWING” atau “TREND” mereka bermaksudkan kepada puncak atas (swing high) dan puncak bawah (swing low) pergerakan harga atau untuk lagi mudah “swing” ini adalah kawasan dimana pergerakan harga berubah arah.

Ianya penting untuk trader dapat mengenal pasti swing high dan low kerana di sinilah dimana trader akan tandakan aras support dan resistance atau FIBONACCI RETRACEMENT serta untuk kenal pasti arah pergerakan trend pasaran.

Market Swing

Rajah diatas menunjukkan contoh pergerakan pasaran dengan label dimanakah harga mula berubah arah.

Ini adalah makna label tersebut :

H = HIGH – Berlaku apabila pasaran membuah high yang sama dengan high sebelumnya.
L = LOW – Berlaku apabila pasaran membuat low yang sama dengan harga paras swing low sebelumnya.
HH = Higher High – Bermaksud pasaran telah membuat swing high baharu dan melebihi ketinggian swing high yang sebelumnya.
LL = Lower Low – Bermaksud pasaran berjaya membuat swing low yang lebih rendah dari swing high sebelumnya.
LH = Lower high – Berlaku apabila pasaran membuat swing high yang lebih rendah dari swing high sebelumnya.
HL = Higher Low – Berlaku apabila pasaran telah membuat swing low yang lebih tinggi daripada swing low yang sebelumnya.

Trend Pasaran

Ianya satu perkara yang asas sebagai seorang trader untuk dapat mengenal pasti arah pergerakan trend pasaran.

Terdapat 3 jenis trend pasaran.

1) Uptrend (Higher High + Higher low)

Ketika pasaran sedang membuat higher high dan higher low, itu bermaksud ia sedang berada dalam keadaan uptrend.
Uptrend juga dipanggil sebagai bull market.

2) Downtrend (Lower low + lower high)

Apabila pasaran bergerak dalam membuat lower low dan lower high, itu bermakna pasaran sedang berada dalam downtrend.
Downtrend juga dipanggil sebagai bear market.

3) Sideways

Sideways bermaksud, pasaran tidak bergerak dalam mana-mana arah trend, kiranya tiada arah trend jelas dan harga bergerak secara mendatar.

Pergerakan sidewaya juga kadang-kadang dipanggil sebagai “ranging”.

Bila harga sedang bergerak dalam keadaan sideways ianya lebih baik untuk kita tidak trade dan fokus pada aset tersebut dan lihat pada aset atau pair yang lain.

Ini kerana pergerakan harga ketika pasaran ranging ini agak susah untuk diramal dan apa-apa saja boleh berlaku.

Apa yang anda perlu ingat adalah jangan sesekali cuba untuk trade lawan arah trend pasaran.

Kenapa perlu trade ikut arah trend

Sebab apa trader perlu hanya trade mengikut arah trend pasaran ?

Sebagai trader, pergerakan trend adalah kawan kita, dan ianya lebih mudah untuk kita trade daripada cuba untuk melawannya dan bila kita trade dengan ikut arah trend kita berpotensi untuk tangkap arah pergerakan yang lebih besar berbanding apabila melawan arah trend.

Trend pullback

Trend pullback bermaksud pasaran sedang bergerak bertentangan dari arah trend semasa untuk jangka masa pendek atau anda boleh fikirkan ia sebagai waktu dimana pasaran sedang berehat sebelum sambung semula pergerakan arah trend mereka.

Sebab apa perlu tunggu pullback ?

Trader amatur mereka akan buka posisi trade mereka ketika harga sedang bergerak jauh, ini biasanya berpunca daripada perasaan F.O.M.O, mereka takut untuk terlepas peluang menjana keuntungan.

Tapi Trader yang berpengalaman mereka akan tunggu peluang mereka datang apabila pasaran membuat pullback dahulu, dan bila berlakunya pullback ketika itulah baru mereka akan buka posisi trade berdasarkan strategi masing-masing.

Penafian : Sumber dari Wira Trader
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Dee Zainal

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1