Apa itu Lot Volume dalam Forex?

285

Korang newbie Forex Trading?

Asyik masuk posisi BUY atau SELL je??

Sebelum anda mula trade saya perlu ingatkan anda kepada beberapa perkara:

  1. Keuntungan dikira berdasarkan berapa jumlah Pip yang anda dapat
  2. Nilai Pip ditentukan oleh anda dengan Nilai Lot Volume yang anda setkan ketika anda hendak masuk order samada BUY atau SELL.
  3. Setiap kali anda masuk order BUY atau SELL, nilai harga anda akan ditolak dengan SPREAD
  4. Nilai SPREAD ditetapkan oleh broker dan ia adalah berbeza-beza mengikut PAIR

Bagaimana untuk tentukan Lot Volume?

Nilai Lot volume adalah seperti berikut bagi pair yang berdasarkan kepada USD. Contohnya EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD. Dibawah adalah nilai standard bagi “Lot Volume” kebanyakan Broker.

Lot Volume Nilai Untuk 1 Pip
1.00USD 10.00
0.10USD 1.00
0.01USD 0.10

Spread adalah perbezaan antara harga Bid dan Ask. Anda boleh lihat harga Bid dan Ask pada Market Watch anda. Ada broker mengenakan Spread tetap dan ada yang mengenakan spread secara berubah-berubah. Spread juga boleh dianggap seperti komisen yang di’cas oleh broker kepada kita.

Contohnya jika Spread bagi Pair EUR/USD adalah bernilai 2.5 pip. Jadi katakan anda masuk BUY EUR/USD pada harga 1.3000, anda akan mendapat harga 1.30025, sedikit atas daripada harga anda masuk tadi. Perbezaan tersenut dinamakan spread.

Jika anda masuk SELL EUR/USD pada harga 1.30000, anda akan mendapat harga 1.29975, sedikit bawah daripada harga anda masuk tadi.

Dapat sesuatu?

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz