Harga emas terus melonjak apabila aset selamat itu mencipta sejarah baharu dengan menembusi paras AS$5,000 pada Ahad, didorong kebimbangan pasaran terhadap ketidaktentuan global yang semakin memuncak serta kesan pergolakan akibat dasar yang diperkenalkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Selepas perak meloncak kepada AS$100 seauns buat kali pertama pada Jumaat lalu, emas turut meningkat sehingga mencecah AS$5,026 seauns.

Isu melibatkan Presiden AS, Donald Trump dan Greenland masih mencetuskan ketidaktentuan, namun Rizab Persekutuan kekal sebagai faktor yang menyokong pergerakan harga emas.
Sejak dua tahun lalu, logam yang bernilai itu telah mencatat paras tertinggi atas faktor kelemahan dolar, permintaan kukuh daripada bank pusat dan inflasi yang tinggi.
Difahamkan, pada Januari 2024, harga emas dicatatkan berada sedikit melepasi paras AS$2,000 bagi setiap auns.
Selain daripada tekanan terkini oleh Washington terhadap Venezuela, peperangan di Ukraine dan Gaza juga merupakan salah satu faktor kepada peningkatan harga emas.
Sumber : Malaysia Gazette
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.