SPRM Serbu Kediaman & Pejabat Eksekutif Kanan IJM, RM2.5 Bilion Aset Disiasat

12

Empat lokasi berasingan yang melibatkan IJM Corporation Bhd (IJM) telah menjadi sasaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila pemeriksaan dan penggeledahan dijalankan susulan kes Ops Heart.

Selain daripada isu tadbir urus syarikat, kaedah perolehan, aliran kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai RM2.5 bilion, SPRM turut menjalankan penggeledahan di kediaman dan pejabat salah seorang pengurusan tertinggi IJM.

Foto : Berita Harian

Difahamkan, sebanyak 55 akaun bank persendirian dan akaun syarikat dengan jumlah dana kira-kira RM15.8 juta turut dibekukan oleh pihak SPRM.

“Selain itu, siasatan turut menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki telah diperoleh melalui pengubahan wang haram,” menurut sumber.

Menurut sumber, proses merakam keterangan dua pegawai kanan syarikat berkenaan yang bermula pada kelmarin telah diteruskan pada Rabu, manakala lima lagi saksi dijadualkan untuk memberi keterangan kelak.

“Hingga kini sebanyak sembilan rakaman pernyataan telah diambil termasuk dua pengurusan tertinggi syarikat terbabit,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, siasatan yang dijalankan berdasarkan Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Terdahulu, SPRM telah memberikan fokus terhadap dakwaan yang diperoleh daripada sumber dalaman IJM, di mana seorang anggota pengurusan tertinggi bergelar Tan Sri dan penasihat dikenal pasti sebagai individu berkepentingan.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.