Kuchai Development ‘Angkat Kaki’ Dari Bursa Bermula Khamis Ini!

10

Kuchai Development Bhd (KDB) akan dikeluarkan secara sukarela daripada senarai Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd berkuat kuasa 22 Januari 2026.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat pemaju hartanah itu memaklumkan bahawa Bursa Securities melalui surat bertarikh 19 Januari 2026 telah menyatakan bahawa keseluruhan modal saham terbitan KDB akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Securities, selaras dengan Perenggan 16.06 keperluan penyenaraian.

Foto : Janaan AI

Pada 23 September 2025, syarikat berkenaan telah mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities untuk menarik balik penyenaraian KDB di bawah Perenggan 16.08 keperluan penyenaraian.

Tindakan tersebut hanya boleh direalisasikan sekiranya sekurang-kurangnya 75 peratus pemegang saham yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung luar biasa yang akan datang memberikan sokongan, serta tidak lebih 10 peratus daripada mereka mengundi menolak.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.