Tarif Gas Baharu Bermula 2026! Ini Kadar Yang Ditetapkan Gas Malaysia
Gas Malaysia Bhd mengumumkan penetapan tarif purata asas sebanyak RM1.880 bagi setiap gigajoule (GJ) sehari untuk pengguna sistem pengagihan gas asli yang dioperasikan oleh anak syarikatnya, Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (GMD).
Pelarasan tarif berkenaan dibuat selaras dengan pelaksanaan rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3), yang berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2028.

Menerusi laporan Bernama, penyedia gas itu memaklumkan bahawa Tarif Pengagihan Gas Malaysia Distribution (GMD) bagi semua kategori penggunaan di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) ditetapkan pada RM2.114 bagi setiap gigajoule (GJ) sehari bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026, selepas mengambil kira pelarasan tarif IBR tahunan.
Namun begitu, Gas Malaysia menjelaskan bahawa kelulusan tarif berkenaan tidak melibatkan penjualan gas petroleum cecair (LPG) yang dibekalkan sama ada dalam silinder gas mahupun secara pukal.
Syarikat menjangkakan tarif pengagihan bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) akan terus menyumbang pulangan positif kepada segmen terkawal kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.
Sumber : Bernama
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.