Keuntungan Mencanak ! Hong Leong Industries Catat RM154.89 Juta pada Suku Pertama FY2026
Keuntungan bersih Hong Leong Industries Bhd bagi suku pertama tahun kewangan yang akan berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat kepada RM154.89 juta, berbanding RM140.56 juta yang diraih dalam tempoh sama tahun lalu.
Bernama melaporkan, hasil syarikat meningkat kepada RM983.38 juta berbanding RM929.74 juta sebelumnya. Peningkatan ini, bersama-sama dengan keuntungan sebelum cukai, didorong oleh jualan motosikal yang lebih baik, keadaan pasaran yang kukuh serta kos bahan mentah yang menurun berikutan pergerakan kadar pertukaran asing yang lebih memihak.

Menurut syarikat, pasaran berada pada tahap yang stabil dan permintaan terhadap motosikal dijangka kekal kukuh. Bagi meningkatkan daya saing, pihak pengurusan akan meneruskan usaha mengoptimumkan campuran jualan serta mempertingkat kecekapan kos. Dengan ketiadaan sebarang kejadian luar jangka, lembaga pengarah menjangka prestasi yang memuaskan untuk tahun kewangan 2026.
Bagi suku pertama FY2026, Hong Leong Industries turut mengisytiharkan dividen interim sebanyak 30 sen sesaham, yang dijadualkan untuk dibayar pada 23 Disember 2025.
Sumber : Bernama
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.