Pengeluar Keretapi China Terpukau! Malaysia Buktikan Kemahiran Kimpalan Bertaraf Dunia

72

Pengeluar kereta api dari China memuji tahap kepakaran kimpalan di Malaysia, sehingga tidak perlu menghantar pasukan teknikal mereka semasa mengeksport rel ke negara ini.

Menurut Bernama, Timbalan Ketua Stesen bagi Kilang Rel dan Rasuk Pangang Group Steel Vanadium & Titanium Co Ltd, LV Panfeng memaklumkan bahawa syarikatnya telah mengeksport rel ke Malaysia setiap bulan sepanjang 10 tahun lalu.

Foto : Bernama

“Kebiasaannya, apabila kami menghantar eksport kami, pasukan teknikal kami akan pergi ke negara tertentu, tetapi untuk Malaysia, penduduk tempatan sangat mahir dalam kerja-kerja kimpalan,” katanya ketika ditemui Bernama semasa lawatan wartawan Asia Pasifik ke Pangang Group baru-baru ini.

Difahamkan, pada tahun 2010, Pangang Group selaku pengeluar vanadium terbesar dunia telah bergabung dengan Ansteel Group Corp Ltd.

Pada peta yang dipamerkan di kilang Pangang Group, Malaysia ditandakan sebagai salah satu lokasi perniagaan antarabangsa syarikat itu.

Beliau berkata, semasa taklimat kepada wartawan Asia Pasifik bahawa Pangang Group menyertai beberapa projek di Asia, antaranya landasan kereta api China-Laos dan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan.

Menurut Panfeng, Pangang Group bersedia menjalin lebih banyak kerjasama di ASEAN dan negara-negara Asia bagi mengembangkan pasaran antarabangsa mereka.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.