Ekonomi Malaysia Makin Padu! KDNK Suku Ketiga Cecah 5.2%

130

Menteri Kewangan II merangkap pemangku Menteri Ekonomi, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kejayaan usaha kerajaan dalam mempelbagaikan ekonomi negara dapat dilihat melalui prestasi memberangsangkan sektor-sektor berdaya saing yang diunjurkan bagi suku ketiga tahun ini.

Bernama melaporkan, unjuran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga, sekali gus menggambarkan semua sektor ekonomi sedang berkembang pesat.

Jelas beliau, unjuran awal tersebut membuktikan ekonomi negara kekal berdaya saing meskipun berdepan suasana global yang mencabar, dengan sektor seperti pembinaan dijangka meningkat 11 peratus, penggunaan swasta melebihi lima peratus dan perlombongan melonjak lebih 10 peratus.

Foto : Google

“Negara kita masih ada daya tahan dalam ekonominya kalau kita lihat dari segi kepelbagaian segmen ekonomi yang kita ada.

“Daripada segi pasaran yang kita ada juga terdapat kepelbagaian dan kita tidak bergantung kepada hanya satu pasaran,” katanya pada sidang media pelancaran Program Innovathon musim ketiga anjuran Kementerian Ekonomi hari ini.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.