Range Trading: Teknik Tepat Untuk Manfaatkan Pergerakan Harga Aset

22

Dalam dunia pelaburan, pergerakan harga aset seperti saham, kripto, dan komoditi sering kali berlaku dalam satu “range” tertentu. Konsep ini menjadi asas kepada Range Trading, strategi yang semakin popular di kalangan pelabur.

Harga aset biasanya bergerak naik turun antara dua sempadan utama iaitu support (paras bawah) dan resistance (paras atas).

Dalam teknik Range Trading, pelabur akan membeli aset apabila harga mendekati paras support dan menjual apabila harga hampir mencapai resistance. Perbezaan antara kedua-dua titik ini merupakan potensi keuntungan bagi pelabur.

Teknik ini sangat sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam keadaan sideways atau konsolidasi, di mana harga “bernafas” dalam kawasan yang sama tanpa arah yang jelas.

Menurut pakar pasaran, kunci kejayaan Range Trading adalah kemampuan untuk membaca carta dengan tepat serta kesabaran menunggu masa yang sesuai untuk membuat transaksi.

Apabila dilaksanakan dengan betul, strategi ini mampu menjadikan saham atau aset yang kelihatan “pendiam” tetap memberi hasil yang memberangsangkan.

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.