Rahsia Scalper Terbongkar! Volume Jadi ‘Leading Indicator’ No. 1 Untuk Baca Imbalance Trade

21

Volume kini muncul sebagai senjata utama scalper kerana ia mampu mendedahkan imbalance trade sekali gus menentukan siapa yang benar-benar menguasai pasaran.

Menurut Pakar Teknikal Analisis terkenal, Asyraf Arsad (AA SuperScalper) berkata, sebahagian besar trader masih menggunakan cara lama membaca volume menerusi bar di bawah carta.

Namun, kemajuan charting terkini telah membolehkan maklumat volume diletakkan terus pada setiap candlestick (CS), menjadikan bahan pasaran lebih terperinci serta memudahkan trader mengenal pasti pergerakan sebenar buyer dan seller.

“Info Bid-seller dan Ask-buyer dah di campak pada setiap CS, indicate berapa buyer seller dalam 1 timeframe..
“Setiap zone paling singnificant , price mana paling agreesive buyer dan seller berkumpul, di mana 70% trader berkumpul, semua ada dalam 1 data CS – Value Asset dan point of control,”
jelasnya.

Selain itu, AA turut menjelaskan bahawa perbandingan antara buyer dan seller kini boleh dibuat dalam bentuk DELTA, sekali gus memudahkan trader mengesan kewujudan imbalance trade.

Difahamkan, kaedah ini membolehkan mereka untuk menentukan dengan lebih jelas pihak yang benar-benar dominan, sama ada buyer atau seller.

Jelasnya, teknik ini amat sesuai digunakan oleh scalper yang beroperasi dalam timeframe bawah 15 minit kerana ia membantu mereka membuat keputusan pantas dan tepat.

“Kalau ada, player akan memlih sisi sape yang lebih dominen, sama ada buyer atau seller.

“Teknik ni sesuai untuk SCALPER, trade range bawah 15 minit,” tambahnya lagi.

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.