Trader Wajib Baca Ni Kalau Taknak Sangkut SC Mulai 1 November !

269

Memandangkan pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) bakal mengetatkan kawal selia Finfluencer Malaysia, terdapat beberapa tips untuk trader supaya kekal selamat dan elak sebarang masalah mulai 1 November 2025.

Salah seorang pengguna di Facebook, Faiz Ismail telah berkongsi beberapa tip berguna berkenaan isu tersebut termasuklah dengan menekankan kepentingan menggunakan broker dan platform yang sah.

Beliau menasihatkan agar para trader menyemak senarai broker yang berlesen menerusi laman rasmi SC sebelum membuat sebarang urusan.

“Korang pergi check dulu kat web rasmi Suruhanjaya Sekuriti (SC).. diorang ada senarai broker yang memang lulus lesen.

“Broker pelik, domain merapu, suruh bank-in ke akaun peribadi , elakkan terus. Jangan dok “ala ramai guna kot”.. tu la yang selalu jadi mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Faiz turut menegaskan supaya tidak terpedaya dengan janji ‘untung tetap’ memandangkan tiada pelaburan yang mampu memberi pulangan pasti, malah dakwaan tersebut sentiasa berada dalam pemantauan SC.

Tambahnya, trader perlu menggunakan modal sendiri dan menguruskan akaun sendiri kerana SC menganggap tindakan memegang duit individu lain tanpa lesen sebagai ‘urus dana tanpa kebenaran’.

Foto : Bernama

“Elak join skim menyimpang. Kalau platform suruh masuk “pool” ramai-ramai, duit pegang kat founder, konon trade forex/crypto tapi tak boleh tarik anytime..risiko tinggi gila. SC makin ketat, benda macam ni memang under radar,” ujarnya lagi.

Selain daripada menyimpan rekod kewangan seperti deposit, pengeluaran dan penyata akaun sebagai bukti, trader juga perlu menjaga bahasa ketika membuat promosi supaya tidak mengelirukan pihak berkuasa.

“Kalau buat content or bagi tips, jangan overclaim ‘signal confirm hijau’, ‘pasti profit’. SC boleh anggap misleading.. better guna ayat neutral macam ‘analisis’, ‘pandangan pasaran’ atau ‘kebarangkalian’..lagi selamat,” tambahnya lagi.

Oleh kerana undang-undang sentiasa berubah mengikut keadaan semasa, Faiz turut menggalakkan trader untuk sentiasa mengemas kini ilmu serta memantau garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh SC melalui laman web, Facebook atau Telegram rasmi.

Akhir sekali, beliau mengingatkan agar trader tidak mudah terikut-ikut dengan ‘hype’ yang ditunjukkan oleh segelintir influencer.

“Biar diorang show profit langit, kalau platform tak sah, tetap salah. Duit korang, risiko korang. Fikir panjang,” tegasnya.

Sumber : Facebook Faiz Ismail

Penafian: Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.