4 Jenis Breakout Yang Kita Perlu Tahu
Sebagai seorang pelabur saham, mesti biasa dengar istilah Breakout yang sering disebut oleh sifu-sifu saham dan pelabur saham sendiri. Teknik ini memang sangat popular.
Jadi, apa itu breakout sebenarnya? Betul ke teknik Buy On Breakout ni betul-betul hebat? Dan apa jenis-jenis breakout yang ada?
Apa Itu Breakout?
Breakout terjadi apabila harga saham berjaya memecahkan paras resistance yang ada. Semakin sukar harga saham itu untuk memecahkan paras resistance yang ada, semakin kuat resistance tersebut. Namun apabila paras resistance yang kuat itu berjaya dipecahkan, maka harga saham itu dijangka mempunyai potensi yang tinggi untuk naik lebih tinggi lagi dan menandakan perubahan fasa akan berlaku.
Breakout ini mempunyai beberapa jenis dan kita kena tahu jenis-jenis breakout yang ada supaya kita tidak terlepas peluang meraih keuntungan daripada teknik pembelian Buy on Breakout ini.
Mari kita lihat jenis-jenis breakout yang ada:
1. Fresh Breakout (FBO)
Fresh Breakout ini terjadi apabila saham itu berada dalam fasa pengumpulan atau accumulation phase untuk sesuatu tempoh yang lama. Apabila harga saham itu berlegar-legar di fasa accumulation ini, kita boleh melukis garisan resistance dan support dengan jelas. FBO berlaku apabila harga saham ini berjaya memecahkan paras resistance yang ada dan mula membuat perubahan fasa daripada fasa mendatar (sideways) kepada fasa kenaikan (uptrend).
Apabila harga saham berjaya memecahkan garisan resistance ini, harga saham itu mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi lagi dan perubahan fasa akan terjadi.
2. Breakout 52 Weeks High (BO 52 Weeks)
Breakout 52 Weeks High pula bermaksud harga sesuatu saham ini telah berada pada paras tertingginya dalam tempoh masa setahun. Ini bermakna harga saham telah mencatatkan paras tertingginya untuk tempoh 52 minggu terkini. Saham yang berjaya memecahkan paras harga tertingginya dalam tempoh setahun juga dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk naik lebih lagi.
3. Breakout All-Time High (BO ATH)
Sama seperti Breakout 52 Weeks High, tetapi breakout All-Time High ini adalah apabila harga saham telah membuat kenaikan tertinggi dalam sejarah. Saham yang berjaya membuat kenaikan tertinggi dalam sejarah sejak daripada penyenaraiannya dalam pasaran saham, sememangnya mempunyai potensi dan momentum untuk naik lebih tinggi lagi sekiranya ia disokong oleh minat belian yang berterusan.
4. Breakout Downtrendline (BDTL)
Breakout Downtrendline ini berbeza sedikit berbanding breakout yang lain. Ini kerana BDTL ini tidak memecahkan garisan resistance tetapi berjaya memecahkan garisan downtrendline pada carta harga saham tersebut. Apabila harga saham itu berjaya memecahkan trendline yang ada, ini bermakna saham tersebut akan mengalami perubahan fasa.
Itulah dia beberapa jenis breakout yang boleh dijadikan panduan kepada kita semua.
Perlu diingatkan bahawa bukannya akan confirm untung jika menggunakan teknik ini, kerana kita perlu berhati-hati terhadap false breakout dan dinasihatkan untuk membuat Analisa Teknikal dengan mengkaji ‘perangai’ saham tersebut berdasarkan corak yang terdahulu. Ini kerana ‘History repeat itself’, sekiranya ia pernah terjadi sebelum ini – maka ia berpotensi untuk berlaku lagi sekali.
Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam
Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1