Bagi memastikan ekonomi kekal kukuh dan status Malaysia sebagai negara dagang terus diperkasa, pasaran baharu perlu diterokai tanpa hanya bergantung kepada Amerika Syarikat (AS) dan China.
Menerusi laporan MalaysiaGazette, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kebergantungan kepada dua negara gergasi tidak memadai dan Malaysia harus menambah baik perdagangan dalam ASEAN sambil membuka peluang di pasaran lain.

“Kita tak boleh berjaya menjadi negara dagang kalau kita hanya tumpu kepada rakan-rakan strategik sedia ada. Perdagangan sangat tinggi dengan AS, China serta sebahagian negara-negara Eropah, itu tidak bermasalah dan akan kita teruskan“Kalau mahu menjayakan Malaysia sebagai negara punyai ekonomi kukuh dan negara dagang, kita mesti dan wajib menembusi pasaran baharu, perdagangan intra ASEAN dan menembusi pasaran di Amerika Latin dan Afrika yang punya potensi.
“Mudah-mudahan rakyat akan memahami keperluan kita dalam bidang antarabangsa ini,” katanya berucap merasmikan program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku di sini, pada Ahad.
Beliau juga menyatakan bahawa meskipun ada antara ahli Jemaah Menteri sebelum ini merupakan lawan politiknya, mereka kini dapat berganding bahu membangunkan negara.
“Tidak mudah mengendali satu kumpulan kelompok yang pernah berseteru dulu tapi semuanya bertekad untuk menggunakan ruang mengangkat martabat negara
“Saya yakin Insya-Allah, kalau kita teruskan dengan prestasi ini, Malaysia akan meningkat maju sebagai negara hebat di Asia ini,” katanya lagi
Sumber : MalaysiaGazette
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.