Niaga Hadapan Emas Malaysia Ditutup Rendah, Bertentangan dengan Kenaikan Global
Meskipun harga emas dunia terus melonjak di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, namun kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berakhir rendah susulan aktiviti pengambilan untung oleh pedagang.
Menerusi laporan Bernama, kontrak bagi bulan September 2025 turun US$3,753.3 setiap auns troy berbanding US$3,770.6 pada penutupan Rabu,sementara kontrak Oktober 2025 mencatat penurunan kepada US$3,769.7 daripada US$3,787.3.

Dalam pada itu, kontrak November 2025 ditutup rendah pada US$3,787.9 setiap auns troy berbanding US$3,805.5 sebelumnya, manakala kontrak Disember 2025 , Februari, April dan Jun 2026 turut susut kepada US$3,807.8 daripada US$3,825.4.
Difahamkan, jumlah dagangan melonjak kepada 491 lot berbanding 135 lot pada Rabu, sementara kepentingan terbuka turut meningkat kepada 531 kontrak daripada 163 kontrak sebelumnya.
Berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 24 Sept 2025, harga emas fizikal ditetapkan US$3,761.60 setiap auns troy.
Sumber : Bernama
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.