Harga Minyak Melonjak! Ketegangan Trump–Iran Kembali Panas di Geneva

15

Harga minyak dunia mencatat kenaikan pada Selasa susulan ketegangan yang kembali memuncak antara Donald Trump dan Iran, ketika kedua-dua pihak mengadakan rundingan di Geneva berhubung isu program nuklear Tehran.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) meningkat sebanyak 1.5 peratus dan didagangkan pada paras AS$63.80 setong.

Sementara itu, penanda aras global Brent Crude turut mencatat kenaikan kecil sebanyak 0.1 peratus kepada AS$68.71 setong.

“Terdapat spekulasi bahawa Iran mungkin bersetuju untuk mencairkan uranium yang paling diperkaya sebagai pertukaran bagi penghapusan penuh sekatan kewangan, tetapi tidak jelas sama ada itu cukup untuk memeterai perjanjian antara kedua-dua pihak,” kata Aarin Chiekrie, penganalisis di Hargreaves Lansdown.

Rundingan terbaharu antara Iran dan Amerika Syarikat bermula selepas Donald Trump mengeluarkan amaran tegas bahawa Tehran bakal berdepan implikasi serius sekiranya gagal memeterai sebarang kesepakatan.

Sejak kebelakangan ini, Trump kerap menyuarakan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Iran. Ancaman tersebut pada awalnya dikaitkan dengan respons keras Tehran terhadap demonstrasi awam bulan lalu, sebelum tumpuan beralih kepada isu pembangunan program nuklear negara itu.

Pada Selasa, pihak Iran menegaskan bahawa penarikan balik sekatan oleh Washington merupakan syarat utama yang mesti dipenuhi dalam mana-mana perjanjian nuklear yang bakal dicapai antara kedua-dua negara.

Sumber : Malaysia Gazette – Agensi

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.