Harga Minyak Diesel Semenanjung Cecah RM2.96 Seliter Mulai Hari Ini!
Bermula hari ini sehingga 11 Februari 2026, pengguna di Semenanjung Malaysia perlu membayar RM2.96 seliter bagi diesel selepas harganya dinaikkan sebanyak empat sen.
Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga diesel akan terus disemak dari semasa ke semasa selari dengan pergerakan pasaran minyak global, sambil memastikan usaha mengekalkan kestabilan harga kekal menjadi keutamaan.

Berpandukan mekanisme penentuan harga automatik (Automatic Pricing Mechanism), semakan mingguan menunjukkan harga runcit bagi produk petroleum lain tidak mengalami perubahan untuk tempoh 5 hingga 11 Februari 2026.
Harga runcit petrol bagi RON97 kekal pada RM3.10 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi terus dijual pada RM2.54 seliter. Bagi BUDI95, harganya stabil pada RM1.99 seliter, dan diesel di Sabah, Sarawak serta Labuan juga tidak berubah, kekal pada RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Sumber : Malaysia Gazette
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.