Fenomena Pickleball Di AS, 3 Saham ni Berpotensi Tarik Perhatian Pelabur
Memandangkan sukan pickleball kini menjadi fenomena di Amerika Syarikat (AS), para pelabur boleh memberi tumpuan terhadap tiga saham utama iaitu Life Time Group, Escalade dan Dick’s Sporting Goods.
Hal ini kerana, tiga syarikat tersebut dilihat semakin meraih manfaat daripada perkembangan industri sukan pickleball menerusi pengeluaran peralatan, pengurusan fasiliti, jenama pakaian sukan serta pelaburan dalam liga dan acara berkaitan.

Life Time Group Holdings, Inc. (NYSE: LTH)
Perniagaan utama : Pemilik dan pengendali pusat kecergasan mewah di seluruh AS.
Strategi Pickleball : Melabur besar-besaran dalam pembinaan lebih 1,000 gelanggang pickleball di fasiliti mereka, dengan sasaran menjadi hab komuniti pickleball utama. Potensi pelaburan : Pertambahan penyertaan pickleball dijangka meningkatkan keahlian kelab dan pendapatan fasiliti.
Prestasi Kewangan (Q2 2025)
– Hasil : USD 2.1 bilion (+8.5% YoY)
– EBITDA diselaraskan : USD 462 juta
– Keuntungan bersih : Positif buat kali pertama sejak IPO 2021
Status : Tidak patuh syariah
Escalade, Inc. (NASDAQ: ESCA)
Perniagaan utama : Pengeluar peralatan sukan dan rekreasi, termasuk pickleball.
Strategi pickleball : Melalui anak syarikat ONIX Sports, Escalade menjadi peneraju dalam pengeluaran paddle, bola dan jaring pickleball.
Potensi pelaburan : Permintaan perakatan pickleball dijangka terus meningkat seiring dengan penyertaan aktif di AS dan Kanada.
Prestasi Kewangan (Q2 2025) :
– Hasil : USD 88.3 juta
– Margin keuntungan kasar : 30.1%
– Dividen : USD 0.15 sesaham (yield sekitar 3%)
Status : Tidak patuh syariah
Dick’s Sporting Goods (NYSE: DKS)
Perniagaan utama : Peruncit peralatan dan pakaian sukan terbesar di AS.
Strategi pickleball : Menawarkan rangkaian produk pickleball yang luas di kedai fizikal dan atas talian, selain aktif menganjur serta menyokong kejohanan komuniti.
Potensi pelaburan : Mendapat manfaat terus daripada peningkatan jualan paddle, pakaian dan kasut melibatkan pickleball.
Prestasi kewangan (Q2 2025) :
– Hasil : USD 3.45 bilion
– Margin bersih : 8.7%
– EPS : USD 3.12
Status : Patuh syariah
Pickleball menarik dari sudut pelaburan kerana pertumbuhannya yang pesat di Amerika Syarikat, peminatnya merangkumi pelbagai peringkat umur, serta permintaan tinggi untuk peralatan serta fasiliti seperti gelanggang dan akademi latihan.
Syarikat seperti Life Time Group, Escalade, dan Dick’s Sporting Goods menunjukkan pendedahan langsung dan boleh dimanfaatkan oleh pelabur jangka sederhana hingga panjang.
Meskipun tiada syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia bagi industri ini, pelabur runcit kita masih boleh memanfaatkan peluang menerusi pasaran antarabangsa, sama ada untuk pelaburan atau inisiatif keusahawanan.
Sumber : Majalah Labur
Penafian: Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.