Datuk Azizulhasni Kini Pemegang Saham Terbesar Systech Bhd !
Sebuah syarikat teknologi digital, Systech Bhd memaklumkan bahawa Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini merupakan pemegang saham terbesar syarikat tersebut.
Dalam satu kenyataan, syarikat tersebut berkata, jaguh berbasikal Olimpik itu memiliki sebanyak 34.69 juta saham biasa atau bersamaan 5.28 peratus daripada jumlah modal saham terbitan Systech, yang diperolehi melalui LMY Holdings Sdn Bhd.

Difahamkan, Aspiration Partners PLT yang turut diasaskan oleh Mohd Azizulhasni bersama dua rakan lain juga mempunyai pegangan besar dalam Systech menerusi kepentingan tidak langsung dalam kumpulan saham yang sama.
“Secara berasingan, beliau memegang kepentingan peribadi secara langsung dalam 30,000 saham Systech.
“Dengan penglibatan Mohd Azizulhasni dan sokongan pihak berkepentingan yang progresif, kumpulan kekal memfokuskan untuk mempercepat inovasi, mengembangkan jejak serantau dan mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham,” kata syarikat itu.
Sumber : Harian Metro
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.