Analisis Fundamental vs Analisis Teknikal: Mana Satu Lebih Power?
Hey Traders! hari ni kita nak sembang pasal dua benda penting dalam dunia trading – Fundamental Analysis (FA) dan Technical Analysis (TA). Kalau korang baru dalam dunia trading ni, mesti pernah dengar dua istilah ni kan? Tapi korang tahu tak apa beza antara dua ni dan macam mana nak guna untuk buat keputusan trading yang lebih bijak? Jom kita kupas satu persatu.
Apa Itu Fundamental Analysis (FA)?
FA ni macam kita nak kenal hati budi seseorang sebelum kita buat keputusan besar. Dalam konteks trading, kita cuba faham ekonomi, industri, dan syarikat secara mendalam. Contohnya, kalau kita nak beli saham syarikat A, kita tengok laporan kewangan dia, perkembangan industri, dan faktor ekonomi global yang boleh bagi kesan.
Apa Yang Kita Tengok Dalam FA?
1. Laporan Kewangan: Untung rugi syarikat, balance sheet, cash flow. 📊
2. Ekonomi Makro: Kadar faedah, inflasi, pertumbuhan GDP. 🌍
3. Berita & Peristiwa: Polisi kerajaan, perkembangan teknologi, isu politik. 📰
FA ni biasanya digunakan oleh pelabur jangka panjang sebab mereka nak tahu kekuatan asas syarikat atau ekonomi sebelum buat keputusan besar.
Apa Itu Technical Analysis (TA)? 📉

TA pulak lebih kepada tengok corak dan trend harga dalam carta. Macam kita tengok tapak kaki harimau kat hutan, kita nak cuba faham gerakan dan tingkah laku harga berdasarkan data sejarah.
Apa Yang Kita Tengok Dalam TA?
1. Carta Harga: Candlestick, bar chart, line chart.
2. Indikator Teknikal: Moving average, RSI, MACD.
3. Corak Harga: Head and shoulders, double top, flag pattern.
TA ni biasanya digunakan oleh trader jangka pendek dan scalper macam kita yang nak cepat ambil untung daripada perubahan harga yang kecil.
Mana Satu Lebih Bagus?
Soalan ni macam tanya, mana lebih bagus, nasi lemak ke roti canai? Jawapan dia bergantung pada selera dan strategi korang. FA sesuai untuk yang sabar, suka buat kajian mendalam, dan nak pegang pelaburan untuk jangka masa panjang. TA pulak sesuai untuk yang nak cepat, suka tengok carta, dan nak ambil kesempatan daripada pergerakan harga jangka pendek.
Boleh Guna Kedua-duanya?
Mestilah boleh! Ramai trader pro guna gabungan FA dan TA. Contohnya, dorang buat kajian fundamental dulu untuk pilih saham yang bagus, lepas tu guna analisis teknikal untuk timing entry dan exit.
Tak kisahlah korang pilih FA ke TA ke, yang penting korang kena ada ilmu dan disiplin. Jangan main hentam je sebab trading ni bukan pasal nasib, tapi pasal strategi dan pengurusan risiko yang bijak.
Selamat berjaya dalam trading! Kalau ada soalan atau nak sembang lebih lanjut, jom komen kat bawah. Kita bincang sama-sama.
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Nash
Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1