Minyak Menjunam Lebih 5%! ‘Move’ Damai Trump Buat Pasaran DuniaTukar Arah

11

Harga minyak mentah Brent yang merupakan rujukan utama pasaran dunia, merosot hampir enam peratus pada Rabu susulan cadangan pelan damai terhadap Iran oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Pada sekitar jam 0030 GMT, harga Brent direkodkan susut sebanyak 5.92 peratus menjadikan nilainya sekitar AS$98.30 bagi setiap tong.

Sementara itu, kontrak penanda aras minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI), turut mencatat penurunan apabila susut 5.01 peratus kepada AS$87.72 setong.

Foto : Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, pasaran saham Asia menunjukkan prestasi positif dengan indeks utama seperti Nikkei di Jepun dan Kospi di Korea Selatan melonjak melebihi tiga peratus.

Cadangan pelan damai oleh Donald Trump kepada Iran hadir bersama nada optimis beliau untuk menamatkan konflik hampir sebulan dengan Tehran. Dalam masa sama, Iran memberi isyarat kelonggaran dengan membenarkan kapal minyak yang dianggap “tidak bermusuhan” melalui Selat Hormuz.

Walaupun wujud petunjuk ke arah penyelesaian diplomatik, ketegangan masih berterusan apabila serangan peluru berpandu Iran dilaporkan mencederakan individu di Israel. Situasi ini terus memberi tekanan kepada pelbagai pihak, selain mencetuskan ikrar untuk mengambil alih kawalan di kawasan selatan Lubnan.

Penurunan harga minyak pada Rabu berlaku susulan lonjakan yang direkodkan sehari sebelumnya, apabila para pedagang mula mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap kemungkinan tercapainya perjanjian rundingan bagi menamatkan konflik.

Sumber : Malaysia Gazette – Agensi

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.