PERBEZAAN TEKNIKAL ANALISIS DAN FUNDAMENTAL ANALISIS
APA ITU TEKNIKAL ANALISIS SECARA MENDALAM?
TEKNIKAL ANALISIS
Teknikal analisis adalah suatu kaedah yang digunakan untuk mengevaluasi dan menjangkakan pergerakan harga saham, komoditi, mata wang, atau instrumen kewangan lainnya berdasarkan data terutama harga dan volume perdagangan.
Teknikal analisis tidak terlalu memperhatikan faktor-faktor fundamental seperti laporan kewangan atau berita ekonomi, melainkan lebih fokus pada pola-pola grafik, indikator teknikal, dan analisis trend untuk membuat keputusan pelaburan.
PERBEZAAN TEKNIKAL ANALISIS DAN FUNDAMENTAL ANALISIS
Perbezaan antara teknikal analisis dan fundamental analisis terletak pada pendekatan yang digunakan untuk mengevaluasi instrumen kewangan seperti saham, komoditi, atau mata wang. Keduanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu pelabur atau trader dalam membuat keputusan pelaburan tetapi memfokuskan pada aspek yang sangat berbeza.
ELEMEN DALAM TEKNIKAL ANALISIS
Beberapa elemen penting dalam teknikal analisis:
- Grafik Harga (Chart): Ini adalah mewakili visual dari harga suatu aset selama tempoh masa/waktu tertentu.
- Grafik candlestick: Salah satu jenis grafik yang sering digunakan untuk melihat perubahan harga.
- Indikator Teknikal: Digunakan untuk membantu analisis seperti: Moving Average (MA): Rata-rata harga dalam tempoh waktu tertentu untuk menunjukkan trend.
- Relative Strength Index (RSI): Mengukur sama ada aset sudah overbought (terlalu banyak dibeli) atau oversold (terlalu banyak dijual). Bollinger Bands: Mengukur volatilitas pasar (market volume) dan apakah harga berada dalam area normal atau ekstrim.
- Pola Grafik (Chart Patterns): Pola seperti Head and Shoulders, Double Top/Bottom, atau Triangles sering digunakan untuk jangkaan pergerakan harga berikutnya.
- Volume: Menunjukkan jumlah transaksi yang terjadi. Volume yang tinggi biasanya menunjukkan market interest yang lebih besar dan dapat memperkuat isyarat pergerakan harga.
Perbezaan Analisis Teknikal Dan Fundamental:
Jenis Analisis | Fundamental | Teknikal |
Jangka Masa Pelaburan | Midterm dan Longterm | Shortterm dan Midterm |
Sasaran | Mencari saham yang dijual pada harga ‘diskaun’ berbanding nilai sebenar | Menggunakan carta untuk menentukan bila sesuai untuk buy/sell dari kaunter. History repeats itself |
Kelemahan | Tidak dapat menentukan ‘timing’ dengan tepat | Tidak dapat menerangkan sebab sebenar kenaikan atau penurunan harga di luar konsep supply and demand |
Kekuatan | Lebih senang kepada orang yang melihat pelaburan seperti memiliki sebuah perniagaan. | Mempunyai kelebihan dari segi market structure, kefahaman trend, analisis yang lebih cepat dan timing yang lebih dapat dijangka |
Kesimpulan:
- Teknikal Analisis lebih fokus pada pergerakan harga dan volume perdagangan untuk membuat jangkaan pergerakan market dalam jangka pendek, sedangkan Fundamental Analisis lebih berfokus pada penilaian intrinsik (harta benda yang bernilai dengan sendirinya) suatu aset dengan memperhatikan keadaan ekonomi, kinerja perusahaan (Firm Performance), dan faktor luaran lainnya.
- Keduanya dapat digunakan secara bersamaan oleh pelabur untuk memperoleh gambaran yang lebih lengkap tentang keadaan market dan membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.
Penafian : Sumber dari Mahersaham
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1