TechStore Bhd mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Tech-Store Malaysia Sdn Bhd, telah dipilih oleh Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan projek naik taraf sistem Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, dengan nilai kontrak mencecah RM54.78 juta.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu memaklumkan bahawa surat pelantikan rasmi bagi projek tersebut telah diterima daripada kementerian berkenaan.
“Tempoh kontrak adalah selama 60 bulan bermula dari 8 Julai 2026,” kata syarikat tersebut.
Berhubung aspek risiko, TechStore menjelaskan bahawa setakat ini tiada ancaman besar yang dikenal pasti, selain cabaran operasi biasa yang berkait dengan pelaksanaan kontrak berkenaan.
Difahamkan, projek tersebut dijangka memberi impak positif kepada prestasi kewangan pada masa hadapan, kecuali jika timbul sebarang situasi luar jangka.
“Tiada seorang pun daripada pengarah dan/atau pemegang saham utama dan/atau mana-mana individu yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam LOA tersebut.
“Lembaga pengarah, selepas pertimbangan sewajarnya percaya LOA ini demi kepentingan terbaik TechStore Group,” tambahnya.
Sumber : Bernama
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.