Kementerian Kewangan menegaskan agar orang ramai tidak menggunakan MyKad milik individu lain untuk menebus subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95).
Difahamkan, perbuatan tersebut disifatkan sebagai satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan pihak berkuasa.
“Awas! Orang ramai diingatkan bahawa menebus penggunaan BUDI95 menggunakan MyKad milik orang lain adalah satu kesalahan.
“Sekiranya anda menghadapi masalah MyKad atau kehilangan MyKad, sila laporkan segera kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata kenyataan itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Media sebelum ini melaporkan penahanan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai menggunakan MyKad milik individu lain untuk menebus subsidi bahan api di sebuah stesen minyak di Gemencheh, Negeri Sembilan.
Kes tersebut terbongkar apabila pemilik MyKad mendapati penebusan BUDI95 dibuat atas namanya tanpa pengetahuannya, lalu tampil membuat aduan kepada JPN.
Kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) dan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) susulan penggunaan dan pemilikan kad pengenalan bukan milik sendiri bagi tujuan yang tidak sah, menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias.
Sumber : Malaysia Gazette
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.