Tak Sampai Dua Bulan Naik Pasaran, Syarikat Ini Terus Kena Tegur Dengan Bursa Malaysia !

Solar District Cooling Group Bhd (SDCG) menerima teguran terbuka daripada Bursa Malaysia Securities Bhd selepas syarikat itu didapati tidak mematuhi Peraturan 3.10(1) dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities (ACE LR).

Teguran itu dikeluarkan kerana semasa penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 19 September 2025, peratusan pegangan saham awam (PSS) syarikat tersebut hanya sebanyak 24.75 peratus, iaitu lebih rendah daripada had minimum yang ditetapkan.

Foto : The Malaysian Reserve

Bernama melaporkan, Bursa Malaysia dalam kenyataannya berkata, berdasarkan peraturan ACE LR, mana-mana syarikat yang ingin disenaraikan perlu memastikan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada jumlah saham tersenarai dimiliki oleh sekurang-kurangnya 200 pemegang saham awam, dengan setiap seorang memiliki tidak kurang daripada 100 unit saham.

“Bursa Malaysia memandang serius pelanggaran itu kerana Keperluan PSS adalah asas untuk memastikan terdapat kecairan pasaran dan pegangan bebas yang mencukupi bagi memudahkan dagangan saham yang teratur dan adil.

“Walaupun Bursa Malaysia tidak mendapati mana-mana pengarah SDCG telah menyebabkan atau membenarkan pelanggaran itu berlaku, ia telah mengingatkan kumpulan itu dan lembaga pengarahnya tentang tanggungjawab mereka untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat dan akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur serta memastikan pematuhan terhadap ACE LR,” katanya.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

bursa malaysiapasaranSDC