Tak Masuk Akal! Nilai Kekayaan Elon Musk Tembusi AS$700 Bilion

Usahawan Amerika Syarikat (AS), Elon Musk, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama di dunia memiliki nilai kekayaan bersih melepasi AS$700 bilion, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti yang memetik majalah Forbes.

Peningkatan luar biasa itu didorong keputusan Mahkamah Agung Delaware yang membatalkan penghakiman mahkamah rendah berhubung pakej opsyen saham Tesla miliknya pada 2018.

Foto : Reuters

Pakej opsyen saham berkenaan kini dianggarkan bernilai sekitar AS$139 bilion, sekali gus melonjakkan nilai kekayaan bersih Musk ke paras tertinggi sebanyak AS$749 bilion, seperti dianggarkan Forbes.

Terdahulu, Forbes turut melaporkan Elon Musk sebagai individu pertama yang mencatatkan nilai kekayaan bersih melebihi AS$600 bilion, didorong pengumuman tawaran awam SpaceX yang meletakkan penilaian syarikat itu pada paras AS$800 bilion.

Lonjakan kekayaan usahawan itu berlaku dalam tempoh yang singkat. Pada Mac 2020, nilai kekayaan bersih Musk dianggarkan hanya sekitar AS$24.6 bilion, sebelum meningkat mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Januari 2021, Elon Musk mencatatkan sejarah tersendiri apabila muncul sebagai individu terkaya dunia selepas nilai kekayaan bersihnya melepasi paras AS$200 bilion, sebelum terus menembusi AS$300 bilion dalam tahun yang sama.

Momentum pertumbuhan itu berterusan apabila pada 2024, kekayaan Musk sekali lagi melonjak dengan melepasi paras AS$400 bilion dan AS$500 bilion.

Setakat ini, hanya seorang individu lain pernah mencapai nilai kekayaan bersih melebihi paras AS$300 bilion dan AS$400 bilion, iaitu pengasas bersama Oracle, Larry Ellison.
Sumber : BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

Elon MuskForbeskaya