SuperScalper Umum Tiga Program ‘Pure TA’ Untuk Trader Malaysia – “No Broker, No Affiliate”

Salah satu komuniti trader di Malaysia, SuperScalper, telah mengumumkan pelancaran tiga program baharu yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada ilmu Teknikal Analisis (TA), selaras dengan peraturan terbaharu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Trader dan pakar TA terkenal, AA SuperScalper (Asyraf Arsad) berkata, pihaknya sentiasa berbangga dan menyokong penuh langkah SC, selain berpegang teguh kepada prinsip untuk hanya mengaja TA.

“Untuk SuperScalper, AA masih mengekalkan sikap beri kerjasama, dan kita sudah pun adjust our model bisnes..tapi dalam masa sama, kekalkan prinsip “HANYA MENGAJAR TA”. No Ib,No affiliate dan No Broker,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurut beliau, tiga program baharu ini disusun dengan teliti mengikut tahap pengalaman trader, bermula daripada peringkat asas sehinggalah ke peringkat lebih profesional.

“L1: Seminar – sesuai untuk zero knowledge, tahap pengalaman bawah setahun. Kita akan ajar basic platform, basic trade dan candlestick.

“L2: Online Weekly – sesuai untuk zero to intermediate, pengalaman trade 0–3 tahun. Ajar semua platform, indicator, charting dan lain-lain.

“L3: Online & Personal Coaching – sesuai untuk expert, pengalaman 2–5 tahun. Akan cover ilmu TA advance, ada text book antaranya John J. Murphy. Kami juga recommend untuk ambil exam MSTA dan CFTe selepas kelas,” jelasnya.

Namun begitu, AA turut mengingatkan bahawa peserta digalakkan untuk bermula dari tahap asas terlebih dahulu sebelum menyertai program lanjutan.

“So, ramai tanya nak go ke Level 3, boleh.. tp highly recomend ambil Level 1 & 2 dulu.. sebab kita kena ajar basic dulu,,, baru tak bazir buang duit kat kelas Level 3,” tambahnya lagi.

Sekadar info, pendaftaran SuperScalper Battle Royale (Level 1) kini dibuka menerusi https://marubozutraders.onpay.my/order/form/battleroyale_nov25 dengan yuran hanya RM197 sahaja!

Seminar ini bakal berlangsung di Shah Alam pada November ini, namun tarikh dan lokasi penuh akan diumumkan tidak lama lagi.

AAsuperscalpertrader